Fakulti Perubatan UKM

🔍 Carian
×

TAHNIAH DR. NORMALINA MANSOR
ANUGERAH KHAS – TOKOH LEGASI ALUMNI FAKULTI PERUBATAN

Fakulti Perubatan UKM berbesar hati memberikan Anugerah Khas – Tokoh Legasi Alumni Fakulti Perubatan kepada YBrs. Dr. Normalina Mansor (Alumni Fakulti Perubatan 1990) atas sumbang bakti beliau kepada Fakulti Perubatan UKM. Anugerah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusuh (Naib Canselor UKM) sempena Majlis Makan Malam Fakulti Perubatan X Kolej Tun Dr. Ismail UKM yang berlangsung di Magica Hall, Cheras pada 25 April 2026. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Naib Canselor, pengurusan tertinggi universiti, Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dato’ Dr. Marina Mat Baki dan Pengetua KTDI, Prof. Dr Mohd Razif Mohamad Yunus.

Pengiktirafan ini dikurniakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen luar biasa dan bakti berterusan beliau selama lebih sedekad terhadap kebajikan dan aktiviti mahasiswa serta pembangunan Fakulti Perubatan UKM. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menjadi penggerak utama dalam menyelaraskan dana kebajikan kepada mahasiswa dengan jumlah kumulatif melebihi RM 1 juta. Ini termasuklah bantuan yuran dan sara hidup pelajar, serta inisiatif ‘Food for Free’ dan tajaan Iftar Ramadhan sejak tahun 2015. Selain itu, beliau turut membantu mendapatkan dana bagi melengkapkan keperluan pembelajaran untuk kegunaan Makmal Kemahiran Klinikal dan menaik taraf bilik rehat pelajar. Beliau juga aktif menjadi penasihat dan penghubung di dalam menjayakan aktiviti-aktiviti pelajar bersama Alumni.

Semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada para Alumni dan pelajar untuk terus menyumbang kembali kepada Fakulti Perubatan UKM.