Faculty of Medicine UKM

🔍 Search
Ă—
Fakulti Perubatan UKM di MYIDEAS CONNECT 2025
 
Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperkukuh jalinan strategik melalui penyertaan aktif dalam MYIDEAS CONNECT: Kolaborasi Berimpak Tinggi 2025, yang berlangsung dari 4 hingga 6 November 2025 di PICC, Putrajaya.
 
Sebagai salah satu penyumbang utama program ini, Fakulti Perubatan menandatangani tiga MoU strategik dalam bidang kesihatan dan inovasi perubatan, memperkuat kolaborasi dengan rakan antarabangsa seperti Children’s Hospital Zhejiang University School of Medicine (China), serta syarikat tempatan Handa and Ze Sdn. Bhd. dan DGA Healthcare Group Sdn. Bhd.
 
Selain itu, fakulti turut menonjol melalui pameran MADANI IPT @KOMUNITI di ruang legar Aras 1, PICC. Tiga jabatan menyajikan pengalaman interaktif kepada pengunjung:
  • Jabatan Perubatan Kecemasan memperkenalkan latihan CPR mudah dan ringkas melalui Teknik 5-T.
  • Jabatan Biokimia berkongsi pengajian dan penyelidikan biokimia serta program saringan kesihatan.
  • Jabatan Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regeneratif mempamerkan asas pengkulturan sel, peranti perubatan dan implan sel/tisu, serta konsultasi penggunaan makmal bersih cGMP.

 

Fakulti Perubatan juga menonjol dalam sesi ilmiah melalui Forum Model Ekosistem Syarikat Pemula Universiti: Inspirasi Jepun dan Aspirasi Malaysia, di mana Prof. Dr. Yazid Bajuri (Jabatan Ortopedik & Pengasas MyB Innovation) berperanan sebagai panelis, bersama panel antarabangsa dari University of Tokyo. Forum ini dimoderator oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Sufian Jusoh.
 
Melalui penyertaan aktif dalam MYIDEAS CONNECT 2025, Fakulti Perubatan UKM menzahirkan komitmennya untuk memperkasa inovasi, memperluas ilmu kepada masyarakat, dan membina kerjasama strategik yang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
 
Sumber: Fakulti Perubatan UKM