PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA FAKULTI PERUBATAN
Apakah makna kemerdekaan pada anda?
Adakah anda berjiwa merdeka?
Ingin berkongsi idea kreatif kepada semua?
Jom semua warga Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia serlahkan bakat anda dengan menyertai Pertandingan TikTok Merdeka Fakulti Perubatan UKM.
Sempena Bulan kemerdekaan, pihak Fakulti Perubatan UKM mempelawa seluruh Warga Fakulti Perubatan dan Warga Kampus Kuala Lumpur (Cheras) untuk menyertai pertandingan Tiktok Merdeka Fakulti Perubatan UKM.
Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat penyertaan perlu mengimbas QR pada poster yang dilampirkan atau layari pautan dibawah:
Tarikh : 11 – 23 Ogos 2023
Pautan : https://tinyurl.com/5nff7yhf
Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan