Setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Dato’ Dr. Haron Ahmad, penerima Anugerah Alumni Tersohor Fakulti Perubatan UKM 2026.
Profesor Dato’ Dr. Haron Ahmad merupakan seorang Pakar Surgeri Hepatobiliari yang memperoleh Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1979 dan Ijazah Sarjana Surgeri (Surgeri Am) pada tahun 1986 dari Fakulti Perubatan UKM. Sebagai pelopor bidang Pembedahan Hepatobiliari, Endoskopi dan Laparoskopi di Malaysia, beliau telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan perkhidmatan pembedahan, pendidikan perubatan dan Fakulti Perubatan UKM. Antara legasi beliau ialah penubuhan Basic Surgical Skills Laboratory UKM serta penglibatan dalam perancangan awal pembangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Komitmen beliau terhadap UKM turut terserlah melalui peranan sebagai Pengetua Kamsis Tun Dr. Ismail (1993–1999) dan Presiden Persatuan Alumni Perubatan UKM (2006–2014), mencerminkan dedikasi beliau dalam membimbing mahasiswa serta memperkukuh hubungan alumni.
Dedikasi, kepimpinan dan jasa beliau akan terus menjadi inspirasi kepada generasi doktor dan warga Fakulti Perubatan UKM.
Tahniah, Profesor Dato’ Dr. Haron Ahmad! 👏


