MINDA-UKM

Cooperative VS Compete: Firming Up ASEAN’s Competitiveness

Siri MINDA POLICY ROUNDTABLE – COOPERATE VS COMPETE : FIRMING UP ASEAN’S COMPETITIVENESS telah diadakan di Bilik Mesyuarat MINDA UKM.

Sesi MPR ini telah dipengerusikan oleh Pengarah MINDA-UKM, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali bersama dua orang pakar selaku pembahas iaitu YBrs. Prof. Dr. Sufian Jusoh (Pengarah, Institute of Malaysian & International Studies – IKMAS UKM) dan YBrs. Dr. Shintaro Hamanaka (Senior Research Fellow, Institute of Developing Economics of Japan) .

Perbincangan tertumpu kepada persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025. Strategi pengukuhan daya saing negara-negara Asean seharusnya merangkumi kedua-duanya, kerjasama dan persaingan. Turut diperhalusi ialah halatuju ASEAN selepas berakhirnya ASEAN Economic Community (EAC) 2015-2025 kelak. Sejauhmana 5 teras utama EAC; integrasi ekonomi, peningkatan dayasaing dan daya inovasi, integrasi sektoral, keterangkuman dan globalisasi ASEAN dicapai menjadi antara tajuk yang dibincangkan.

Turut hadir dalam diskusi ini ialah YBhg. Dato’ Seri Mustapha Mohamed, wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan institusi pemikir, antaranya SERC, Akademi Sains Malaysia, Akademia, MASA, PNBRI, MIDA, MITI,MPC, NCER, Malaysia Airlines, beberapa mantan Ketua Setiausaha, dan lain-lain.

MINDA-UKM: BERSAMA MEMBANGUNKAN NEGARA

#mindaukm #mindanews #mpr #asean #MalaysiaMadani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *