Satu sidang media khas oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah MINDA UKM) telah berlangsung pada pagi tadi berkaitan pemerkasaan ekonomi Bumiputera.
Beliau dalam kenyataannya menyifatkan bahawa Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang akan berlangsung pada esok hari di PICC ini sebagai satu agenda berpelembagaan kerana ia bukan sahaja membantu bumiputera semata-mata, bahkan bukan Bumiputera juga akan menerima limpahan nikmat ekonomi secara bersama.
Ujarnya ketika mengulas berkenaan saranan Perdana Menteri untuk mengajak masyarakat bukan Bumiputera datang bersama dalam kongres semasa Prapelancaran KEB 2024 baru-baru ini, menyifatkan sebagai satu naratif yang sangat penting selain menepati naratif economic reasoning of development yang perlu diusahakan oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak hanya eksklusif untuk Bumiputera semata-mata.
Tambahnya lagi, apa-apa polisi yang dirancang dan hendak dilaksanakan perlu menepati kepada empat perkara iaitu polisi yang jelas, faktor identifikasi, bentuk mekanisme untuk mencapai matlamat dan waktu pelaksanaan adalah amat penting supaya dapat menangani isu Bumiputera secara berkesan.
Esok, YBhg. Tan Sri akan bersama dalam kongres untuk sesi pembentangan resolusi Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan sepanjang hampir 50 hari gerak kerja dilaksanakan.
#mindaukm #mindanews #sidangmedia #KEB #Bumiputera #malaysiaMadani #kongres #bersamamembangunkannegara