Ybhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali (Pengarah MINDA UKM) telah dijemput selaku panel forum bersempena Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi yang berlangsung pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Wacana ini telah berlangsung selama dua hari yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertujuan untuk memetakan hala tuju serta pemugaran idea baharu sektor pendidikan tinggi Malaysia yang melibatkan hampir 500 orang pemimpin institusi pendidikan tinggi awam dan swasta; golongan akademia dan pihak industri.
Dalam sesi ini beliau bersama panel Tuan Thomas Matthew (TalentCorp) mengupas serta membahaskan wacana Peranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai Penyelia Bakat Negara yang dikendalikan Prof. Ts. Dr. Haji Mohamad Kamal.
Turut terlibat bersama dalam wacana ini ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM , Ybhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman selaku moderator diskusi Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi KPT serta turut hadir Timbalan-timbalan Naib Canselor (TNC) UKM.