Minggu Digital UKM 2026

Anjakan Jiwa dan Minda Digital

Kiraan Detik (COUNTDOWN) Minggu Digital UKM

FAKTA UNIK

Aktiviti

0 +

Penceramah

0 +

Pameran

0 +

ALAMI DIMENSI PENGALAMAN DIGITAL DI MINGGU DIGITAL UKM

Lima dimensi. Satu perjalanan digital. Teroka ilmu, manfaatkan AI, temui teknologi baharu, bina kesedaran keselamatan dan alami sendiri ekosistem digital yang menghubungkan warga UKM dengan masa hadapan.

ILMU & KESEDARAN DIGITAL

Anjak Pemikiran. Bentuk Kesedaran.

Anjak cara berfikir dan lihat dunia digital dari perspektif yang berbeza. Terokai isu etika, integriti, sahsiah, perundangan dan pendidikan untuk menjadi warga digital yang lebih bijak, kritis dan bertanggungjawab.

AI & PRODUKTIVITI DIGITAL

Tingkatkan Cara Berfikir. Pintarkan Cara Bekerja.

Temui bagaimana AI boleh mengubah cara anda bekerja, belajar dan mencipta. Terokai Gemini, automasi, prompting dan teknologi pintar untuk bekerja lebih pantas, menghasilkan lebih banyak dan berfikir dengan lebih kreatif.

TEKNOLOGI & INOVASI DIGITAL

Teroka Teknologi. Cipta Kemungkinan.

Apa yang menanti selepas teknologi hari ini? Terokai chatbot, Metaverse dan inovasi digital yang membuka pintu kepada pengalaman baharu serta kemungkinan yang mungkin belum pernah anda bayangkan.

KESELAMATAN dunia DIGITAL

Jaga Adab. Kenal Risiko. Lindungi Diri.

Dunia digital penuh peluang, tetapi juga penuh risiko. Pelajari cara mengenal pasti ancaman, mengelakkan scam dan melindungi diri serta maklumat melalui amalan digital yang lebih bijak dan selamat.

EKOSISTEM & PENGALAMAN DIGITAL

Kenali Ekosistem. Teroka Pengalaman. Cipta Masa Depan.

Jangan sekadar dengar tentang transformasi digital — alami sendiri! Terokai evolusi teknologi, pameran inovasi, perkhidmatan digital dan akses kepada peranti yang menghubungkan anda dengan ekosistem digital UKM.

Sesi Podcast Minggu DIgital

Sertai Podcast YouTube sempena Minggu Digital @Digital UKM 2026 untuk meneroka pelbagai topik menarik berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan dunia digital! Sesi ini merangkumi perkongsian tentang pengembaraan solo pengembaraan berserta AI, isu bahasa rancu dalam media sosial, serta strategi membina keusahawanan dan jenama peribadi di era digital. Ketahui juga peranan AI dalam tugasan pelajar bagi mengasah pemikiran kritis dalam proses pembelajaran.

Jom Sertai Minggu Digital @DigitalUKM

Pusat Teknologi Digital (DigitalUKM) dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk bersama-sama menjayakan Minggu Digital UKM 2026 bertemakan “Anjakan Jiwa dan Minda Digital”.

Program ini menganjurkan pelbagai inisiatif bagi membolehkan warga universiti menyelami era transformasi digital yang beretika, berinovasi, dan padat dengan maklumat terkini.

Meriahkan Pameran & Reruai Minggu Digital

🚀 Jemput datang beramai-ramai bagi meneroka pelbagai reruai khas yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, pendedahan teknologi, dan maklumat digital menarik daripada PTj serta rakan industri! Satu tempat, pelbagai tawaran khusus untuk anda. Klik pada poster untuk memulakan penerokaan anda!!!

Penghargaan