Pengenalan

Minggu Digital @DigitalUKM 2026 merupakan program tahunan universiti yang direka khas untuk memperkukuh pemikiran serta budaya pendigitalan dalam kalangan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengangkat tema ‘Anjakan Jiwa dan Minda Digital’, program tahun ini memfokuskan kepada pembentukan minda berasaskan teknologi yang disusuli dengan tindakan nyata. Pelbagai pengisian menarik disediakan merangkumi:

  • Hari Bersama Pelanggan: Platform interaktif untuk pengumpulan maklum balas kepuasan pelanggan terhadap produk serta perkhidmatan DigitalUKM.
  • Sesi Seminar & Perkongsian Ilmu: Pendedahan kepada trend, amalan terbaik dan literasi teknologi terkini.

Program ini berfungsi sebagai platform strategik untuk meningkatkan keterlibatan dan keterlihatan DigitalUKM sebagai pusat perkhidmatan utama yang menerajui agenda pendigitalan universiti.

Objektif

Memperkasakan Penyampaian Perkhidmatan

Meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan DigitalUKM melalui penglibatan terus bersama pengguna bagi mendapatkan maklum balas, mengenal pasti isu semasa dan memperkukuh hubungan strategik bersama warga universiti.

Meningkatkan Kesedaran & Literasi Digital

Meningkatkan tahap kesedaran serta literasi digital warga UKM terhadap pelbagai platform, perkhidmatan dan teknologi berasaskan digital yang disediakan oleh DigitalUKM.

Membudayakan Teknologi Digital

Menerapkan penggunaan teknologi digital secara meluas dalam kalangan warga UKM bagi menyokong proses transformasi digital universiti yang lebih cekap, inovatif dan berdaya saing.

kumpulan sasar

Minggu Digital @DigitalUKM 2026 diadakan bagi memperkasakan seluruh ekosistem universiti dan komuniti setempat, merangkumi:

• Warga UKM (Pelajar dan Staf)
• Pembekal dan Pihak Industri
• Komuniti Bangi dan kawasan sekitar