Penceramah

Barisan para penceramah dari berbilang latarbelakang dan industri, yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing, sedia berkongi kepakaran dan ilmu pengetahuan mereka sepanjang Minggu Digital berlangsung. Pakar IoT, pakar teknologi, jaguh perundangan dan komunikasi, semua ada di sini. 

Transformasi Digital Dalam Sektor Awam: Inisiatif Terkini Kerajaan Malaysia

Kertas pembentangan ini mengupas Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) 2026–2030, iaitu dokumen kerangka kerja dan panduan strategik transformasi digital sektor awam bertemakan “Paduan Dinamik Keseluruhan Kerajaan”. Pelan ini merangkumi 5 Teras Strategik, 18 strategi, 44 program, serta 44 sasaran utama.

RPSA telah diluncurkan secara rasmi oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara pada 28 September 2026 di PICC. Pembentangan ini memberi tumpuan khusus inisiatif-inisiatif yang terlibat dalam mentransformasikan digital dalam sektor awam demi merealisasikan visi "Rakyat Pintar Digital". Status pencapaian RPSA dipantau rapi 2 kali setahun dan dilaporkan dalam Mesyuarat Kerajaan Digital bagi memastikan ia memberikan impak sebenar kepada rakyat.

Adab Mendahului Reka Bentuk Keselamatan Siber: Memperkukuh Kepercayaan dalam Dunia Digital

Adab merupakan teras dalam membentuk nilai tanggungjawab serta etika semasa berinteraksi di ruang digital. Penerapan nilai murni bukan sahaja membina kepercayaan, malah memperkukuh keselamatan maklumat. Sesi ini meneroka bagaimana pemikiran adab-dahulu dan konsep keselamatan Jepun, anshin (ketenangan fikiran), menjadi benteng utama dalam reka bentuk keselamatan siber. Pembudayaan adab ini secara tidak langsung membentuk disiplin dalam reka bentuk persekitaran digital, seterusnya menjadikan institusi sebagai pemegang amanah yang memelihara kepercayaan warganya.

Pembangunan Chatbot: Dari Asas ke Penyelesaian Pintar

Membicarakan evolusi pembangunan chatbot daripada fungsi asas kepada penyelesaian digital yang lebih pintar. Sesi ini meneroka bagaimana integrasi teknologi AI mampu meningkatkan kecekapan respons dan automasi perkhidmatan. Ia amat sesuai untuk memahami langkah praktikal dalam menaik taraf sistem perbualan dalam talian organisasi.

Jangan Jadi Mangsa Scam: Bijak & Selamat di Dunia Digital

Ceramah ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai pelbagai modus operandi dan taktik terkini penipuan dalam talian (scam). Para peserta akan mempelajari langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi dan kewangan agar kekal selamat di alam siber. Program ini bertujuan membina masyarakat yang lebih peka, bijak, dan berwaspada semasa mengendalikan teknologi serta perkhidmatan digital.

Prompt Bijak: Cipta Poster, Sticker dan Video dengan Gemini Pro

Menguji kreativiti dan kemahiran peserta dalam mereka bentuk arahan yang tepat bagi menghasilkan output AI yang optimum. Peserta akan mempelajari teknik menulis arahan AI yang efektif untuk menghasilkan rekaan visual yang menarik, iaitu rekaan poster dan pelekat (sticker) dengan mudah.

AI untuk Pentadbir: Memperkasa Produktiviti dan Transformasi Kerja Digital

Program ceramah ini membantu pentadbir memanfaatkan alatan AI bagi memacu produktiviti dan kecekapan operasi secara maksimum. Para peserta akan mempelajari strategi integrasi teknologi pintar dalam pelaksanaan tugas harian dan pembuat keputusan. Langkah ini penting untuk memperkasakan peranan pentadbir sebagai penggerak utama transformasi digital organisasi.

Biarkan Power Automate Kerja Keras, dan Kita Kerja Bijak

Ceramah ini mengupas bagaimana Microsoft Power Automate berupaya merevolusikan cara menguruskan tugas dan proses kerja melalui automasi yang pintar dan teratur. Dengan keupayaan menghubungkan pelbagai aplikasi, perkhidmatan dan sumber data, teknologi ini mampu mengoptimumkan aliran kerja merentas pelbagai platform serta meminimumkan risiko kesilapan. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada peranan Kecerdasan Buatan (AI) dalam memperkayakan automasi, membolehkan maklumat dianalisis dan diproses dengan lebih bijak.

Gemini 101: Bagaimana AI Menyelamatkan Anda Daripada 'Burnout' di Pejabat

Mendedahkan teknik mengoptimumkan Google Gemini Workspace untuk mengautomasikan tugasan rutin pejabat, mengurus beban kerja dengan lebih tenang, dan mengelakkan burnout.

Teknologi Memuncul Dunia Digital: Apa Seterusnya?

Sesi ceramah ini mengupas evolusi dan impak teknologi memuncul (emerging technologies) dalam membentuk landskap dunia digital masa hadapan serta strategi persediaan organisasi dalam mengharungi gelombang inovasi seterusnya.

Future-Ready Learning and Work: AI-Powered Collaboration with Zoom

Terokai bagaimana kecerdasan buatan (AI) menerusi ekosistem Zoom mentransformasi pembelajaran dan pekerjaan hibrid. Sesi ini memfokuskan penggunaan alatan seperti Zoom AI Companion untuk meningkatkan kecekapan, mempermudah kolaborasi, dan membina persekitaran yang bersedia mendepani masa hadapan.

Discover how AI within the Zoom ecosystem is transforming hybrid learning and work. This session highlights tools like Zoom AI Companion to boost efficiency, streamline collaboration, and prepare organizations and educators for the future.

Perundangan dan Digital: Elakkan Tindakan Mahkamah Terhadap Anda

Perkembangan teknologi digital dan ruang siber yang pesat mempermudahkan urusan harian. Namun tanpa disedari, kesilapan kecil dalam penggunaan platform digital seperti menghantar e-mel palsu, penyebaran maklumat tidak sahih, buli siber mahupun pelanggaran hak cipta boleh mendedahkan individu kepada implikasi undang-undang yang serius.

Ceramah ini memberikan kesedaran dan pemahaman mengenai batasan serta implikasi undang-undang berkaitan penyalahgunaan teknologi digital.

TENDZONE Next-Gen Smart Campus

TENDZONE Next-Gen Smart Campus ialah konsep kampus pintar yang mengintegrasikan AI, Smart Classroom, Internet of Things (IoT), sistem audio visual, rangkaian dan pengurusan berpusat bagi mewujudkan persekitaran pendidikan yang pintar, interaktif dan bersedia untuk masa hadapan. Konsep ini menghubungkan pelbagai sistem dan peranti bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran, pengurusan ruang serta operasi kampus secara cekap dan bersepadu. Antara komponen utama konsep ini ialah Smart Classroom, Integrasi AI & IoT, Pengurusan Berpusat, Pembelajaran Digital dan Kecekapan Operasi Kampus, yang bersama-sama menyokong Future-Ready Education

Evolusi AI: Dari sistem pakar ke Agentic AI 2

Perkembangan kecerdasan buatan (AI) merangkumi evolusi daripada sistem pakar berasaskan peraturan kepada AI generatif yang mampu menghasilkan kandungan, dan seterusnya kepada Agentic AI yang berupaya merancang, membuat keputusan serta melaksanakan tugasan secara lebih autonomi. Sesi ini membincangkan perkembangan teknologi tersebut serta implikasinya terhadap cara manusia bekerja, membuat keputusan dan berinteraksi dengan teknologi.

Dosa dan Pahala Digital

Dosa dan Pahala Digital membincangkan bagaimana kehidupan manusia di alam digital turut mempunyai dimensi pahala dan dosa. Setiap hantaran, komen, perkongsian, tontonan dan jejak digital bukan sekadar aktiviti teknologi, tetapi boleh menjadi amal yang diberi ganjaran atau perbuatan yang dipertanggungjawabkan di sisi Allah SWT.

Berpandukan al-Quran, al-Sunnah dan prinsip fiqh semasa, Dosa dan Pahala Digital mengajak peserta membina “takwa digital” — iaitu menggunakan teknologi dengan ilmu, adab dan rasa bertanggungjawab, kerana apa yang ditaip dengan jari hari ini mungkin menjadi pahala yang terus mengalir atau dosa yang terus berulang, walaupun selepas seseorang meninggal dunia.

AI untuk Perniagaan: Merangka Strategi, Memacu Inovasi, Menjana Pertumbuhan

Sesi podcast membincangkan aplikasi praktikal kecerdasan buatan (AI) dalam memperkasakan urusan, merangka strategi berdaya saing serta memacu inovasi dan pertumbuhan perniagaan moden.

Merungkai Gen Z: Mencipta Pengalaman Digital yang Bermakna

Perkongsian mengenai pendekatan dan strategi membina pengalaman digital yang relevan, inklusif dan dinamik untuk generasi Gen Z di universiti

Sahsiah Digital: Jiwa di Dunia Nyata, Minda di Alam Maya

Kupasan mendalam mengenai pembentukan jati diri, sahsiah terpuji dan keseimbangan psikologi warga dalam mengharmonikan kehidupan di dunia nyata dan alam maya.

Dari Mainframe ke AI: Menelusuri Evolusi, Revolusi dan Transformasi Dunia Digital

Perbincangan retrospektif dan pandangan hadapan tentang bagaimana landskap pengkomputeran berevolusi daripada era kerangka utama (mainframe) sehinggalah revolusi kecerdasan buatan masa kini.

Klik, Kembara & Kalbu: Menjelajah Dunia Solo Travel Bersama AI

Perkongsian santai pengalaman pengembaraan solo dan bagaimana teknologi AI menjadi pembantu pintar dalam merancang perjalanan bermakna.

Bahasa Rancu Dalam Media Sosial: Antara Kreativiti, Kekeliruan dan Krisis Bahasa

Perkongsian tajam dan santai yang mengupas fenomena bahasa rancu dan slanga di media sosial masa kini – sama ada ia satu bentuk ekspresi kreativiti anak muda, punca kekeliruan komunikasi, atau ancaman krisis keaslian bahasa ibunda.

Mula Cepat, Tampil Hebat: Membina Keusahawanan dan Jenama Peribadi dalam Era AI

Pandangan anak muda tentang penerapan teknologi AI untuk merangsang inovasi, membina jenama peribadi yang berdaya tahan dan mencetuskan peluang keusahawanan pelajar.

Anjakan Minda Digital: AI Memperkasa, Pelajar Berfikir, Pendidikan Berevolusi

Meneliti bagaimana AI dapat memperkasakan dan merevolusikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa mengorbankan daya fikir kritis dan kognitif pelajar.