Muzium UKM

 Gerbang Warisan Ilmu UKM

Utama

Muzium Warisan Akademik UKM

IMG_0362a

Muzium Warisan Akademik UKM merupakan sebuah lagi mercu tanda baru di kampus yang bersejarah ini. Penubuhan muzium ini didorong oleh perkembangan pesat, kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang akademik dan pengurusan sejak penubuhan UKM pada 18 Mei 1970. Setiap hari yang berlalu adalah merupakan rentetan dan memori bagi UKM yang telah berjaya melalui pelbagai cabaran dalam usahanya untuk berdiri gagah sebagai pusat kecermelangan ilmu. Kewujudan Muzium ini akan memperkasa dan menyemarakkan citra khazanah warisan ilmu, hasil pemikiran, penyelidikan serta inovasi para sarjana dan ilmuan UKM. Muzium Warisan Akademik juga merupakan keseinambungan usaha kepada Galeri UKM yang terletak di aras dua, Bangunan Canselori yang telah dirasmikan pada 29 Julai 2000 sempena Sambutan 30 Tahun UKM. Galeri tersebut memberi tumpuan kepada sejarah perjuangan dan penubuhan UKM, manakala Muzium Warisan Akademik pula menonjolkan perkembangan, kejayaan dan kegemilangan UKM pada usia 38 tahun.


IMG_0355a
  

Muzium Warisan Akademik terletak di aras 6, Bangunan Canselori, dimana ruang ini kerap dikunjungi oleh pelawat-pelawat dan tetamu yang datang bertemu dengan kepimpinan dan pegawai-pegawai UKM.

Hasil seni ukiran kayu dipilih sebagai penghias dalaman muzium, perabot dan bingkai gambar/poster. Seni kayu nukilan pengukit Melayu adalah satu seni rupa tradisi Melayu ulung yang tinggi nilainya. Keistimewaan seni ukiran Melayu dapat dilihat dari segi kehalusan menggunakan unsur budaya alam sekeliling. Muzium memilih corak bermotifkan Bunga Raya yang digunakan di lambang UKM juga sebagai bunga kebangsaan negara ini. Seni ukiran kayu ini menimbulkan suasana muzium yang menarik kerana keunikan seni ukir kayu tinggi nilai estetikanya dan begitu dihargai sebagai khazanah yang melambangkan keperibadian bangsa.

Translate »