Jabatan Ortopedik & Traumatologi

 Fakulti Perubatan UKM

Visi dan Misi

VISI
Untuk menjadi sebuah jabatan yang cemerlang serta hab akademik perubatan yang terkehadapan dan berdaya saing berteraskan ilmu, inovasi dan pasukan professional perubatan yang berdedikasi dalam membentuk masyarakat yang sihat dan bermaklumat dalam perkhidmatan pengurusan pesakit dan latihan perubatan secara menyeluruh.

MISI
Melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri Budaya korporat iaitu profesionalisme, khidmat penyayang dan kerja berpasukan untuk memberikan pendidikan dalam professional perubatan dan perkhidmatan bermutu tinggi berteraskan penyelidikan, dalil perubatan, inovasi dan kepekaan social

OBJEKTIF
Untuk memantapkan pendidikan perubatan dengan memberi perkhidmatan ortopedik yang komprehensif dan terkini serta kos yang efektif.
Untuk mengembangkan pendidikan perubatan prasiswazah dan pascasiswazah serta mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi untuk merawat pesakit dengan effisen dan mencapai kepuasan pelanggan dalam penjagaan kesihatan.
Untuk mengembangkan pendidikan perubatan berterusan untuk latihan, penyelidikan dan perkembangan ilmiah dalam semua peringkat dalam bidang Orthopedik dan Traumalogi.
Untuk memantapkan dan mengembangkan perkhidmatan kepakaran khusus serta menjadikan Jabatan Ortopedik sebagai pusat rujukan sekunder bagi kebanyakkan Subkepakaran dan rujukan tertiari bagi Subkepakaran Orthopedik dan Traumalogi.
Untuk bekerjasama dengan pesakit, keluarga dan masyarakat umumnya dalam rawatan serta mempromosikan penjagaan optimum.
Untuk memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan budaya kerja yang murni serta membudayakan kerja berpasukan di mana setiap warga kerja memainkan peranan, dihargai dan dihormati.

PERNYATAAN & OBJEKTIF KUALITI

WAWASAN
Jabatan Ortopedik bertekad menjadi sebuah jabatan yang terpilih dan terkehadapan menerusi pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan perubatan, kesihatan dengan kakitangan yang kompeten dengan kemudahan terkini.

MISI
Jabatan Ortopedik bertekad meneraju dan memimpin ke arah pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia melalui perancangan dan perlaksanaan program pembangunan akademik, inovasi kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan, pendidikan dan penyelidikan di samping menyediakan kakitangan yang berkemahiran dan kemudahan perubatan yang moden, canggih dan kos efektif.

DASAR KUALITI
Jabatan Ortopedik adalah komited dalam memberikan perkhidmatan yang beretika, selamat dan meyakinkan serta mematuhi perundangan demi memenuhi kepuasan pelanggan dan mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berkesan dengan konsep penambahbaikan berterusan dan semangat kerja berpasukan.

OBJEKTIF KUALITI

PERKHIDMATAN
Memberikan perkhidmatan Ortopedik dan memastikan perkhidmatan sokongan klinikal; perkhidmatan Unit Plaster (POP) dan perawatan (kejururawatan) yang berkualiti, beretika, selamat dan menyakinkan kepada para pelanggan.
Memastikan segala perkhidmatan Ortopedik dilaksanakan dengan menggunakan teknologi maklumat yang terkini, cekap dan kos efektif.
Memastikan kakitangan mengikut program latihan yang telah dijadualkan bagi memastikan kakitangan sentiasa kompeten dalam menjalankan tugas.
Memastikan segala kemudahan, peralatan dan infrastruktur yang menyokong kepada perawatan pesakit di selenggara dengan sempurna untuk memberikan perkhidmatan Ortopedik yang berkualiti, beretika, selamat dan menyakinkan kepada para pelanggan

AKADEMIK
Memastikan program pengajian akademik dilaksanakan berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia dan mencapai matlamat pendidikan UKM
Memupuk budaya kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran dan membentuk kurikulum yang berdaya saing peringkat antarabangsa
Menyediakan kerangka kurikulum inovatif, wadah wacana ilmiah tentang kurikulum pengajian tinggi
Menyediakan wadah penyampaian pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi terkini serta garis panduan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pembelajaran
Menyediakan kaedah pembelajaran dan penyeliaan pelajar yang berkesan serta emantapkan kemahiran penngajar/pensyarah yang profesional untuk melaksanakan program pendidikan dan perkembangan akademik

FALSAFAH

Paduan antara iman kepada Allah dan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama perkembangan ilmu, proses pembinaan dengan menyediakan persekitaran perkhidmatan Ortopedik dan Traumatologi dalam menjana kecemerlangan akademik dan kecekapan pentadbiran dan pembangunan universiti.

OBJEKTIF

Untuk menjadi pusat rujukan dan penyelidikan Ortopedik dan Traumatologi yang cemerlang dalam di negara dan rantau ini.
Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan latihan Ortopedik dan Traumatologi yang komprehensif dan bersepadu kepada pelajar-pelajar prasiswazah dan pascasiswazah
Untuk menyediakan latihan Ortopedik dan Traumatologi yang komprehensif dan bersepadu kepada kakitangan bagi memantapkan keupayaan dan kemahiran dalam menjalankan tugas.