Pengenalan i-SWIMS

i-SWIMS merupakan sebuah platform digital pengurusan sisa terjadual yang dibangunkan pada tahun 2025 oleh Kumpulan KIK SQUAD untuk kegunaan Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Sistem ini dibangunkan bagi mentransformasikan pengurusan sisa terjadual daripada kaedah konvensional dan manual kepada sistem digital yang bersepadu dan berpusat.

FST terdiri daripada enam (6) buah bangunan yang menjana sisa terjadual hasil daripada aktiviti makmal, pengajaran dan penyelidikan. Sebelum pelaksanaan i-SWIMS, data sisa terjadual diuruskan secara berasingan mengikut bangunan, menyebabkan rekod tidak bersepadu, akses maklumat yang terhad serta kesukaran dalam pemantauan. i-SWIMS diperkenalkan sebagai platform berpusat untuk mengintegrasikan semua maklumat sisa terjadual di FST secara masa nyata (real-time)

Objektif

  1. Meningkatkan pendigitalan proses pengurusan sisa terjadual
  2. Mengintegrasikan dan memusatkan data sisa terjadual daripada semua bangunan FST
  3. Menambah baik kebolehcapaian, ketepatan dan penjejakan rekod
  4. Menyokong pemantauan dan pelaporan yang lebih cekap
  5. Menggalakkan pengurusan sisa yang sistematik dan lestari

Ciri-ciri Utama

  1. Pangkalan data sisa terjadual yang berpusat
  2. Sistem permohonan dan rekod digital
  3. Integrasi maklumat antara pelbagai bangunan dan makmal
  4. Akses maklumat yang lebih mudah kepada pengguna yang dibenarkan
  5. Pengurusan rekod sisa yang tersusun dan sistematik

Kelebihan

  1. Mengurangkan penggunaan kertas dan kerja manual
  2. Meningkatkan ketelusan dan keseragaman data
  3. Membolehkan pemantauan sisa terjadual secara berpusat
  4. Menyokong pembuatan keputusan berasaskan data
  5. Selari dengan konsep teknologi hijau dan kelestarian