Sekretariat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, FST

 Fakulti Sains dan Teknologi

Laporan Aktiviti SKKP & JKKP 2021

Aktiviti Tahun 2021

Berikut merupakan senarai kursus/latihan anjuran JK Latihan, KKP FST yang telah dirancang dan dijalankan pada tahun 2021.

  1. Taklimat Pengkelasan Sisa Kimia Terjadual 2021

Taklimat ini telah diadakan pada 27 Januari 2021 secara dalam talian menggunakan pelantar Zoom.

Objektif  taklimat diadakan adalah:

  1. Memastikan pengurusan buangan terjadual (sisa kimia) di PTJ khususnya FST mengikut peraturan dan garis panduan UKM;
  2. Meningkatkan pengetahuan agar peserta memahami prosedur pelupusan buangan terjadual (sisa kimia); pengasingan sisa dan pengkelasan sisa;

Penceramah taklimat adalah Pn. Norly Abd Aziz, Pegawai Sektretariat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FST. Seramai 127 orang kehadiran peserta terdiri daripada kakitangan bukan akademik FST telah direkodkan. 

  1. Webinar COVID – 19: Pengurusan Tempat Kerja Sihat dan Selamat Semasa dan Pasca COVID – 19 Serta Impaknya Kepada Manusia

Webinar ini telah diadakan pada 2 Mac 2021 secara dalam talian menggunakan pelantar Zoom dan juga dipancarkan secara langsung melalui siaran FB Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi. Kupasan topik pertama adalah berkenaan ‘Pengurusan Tempat Kerja Sihat dan Selamat ketika COVID – 19’ dan topik kedua adalah ‘COVID-19 : Tempat Kerja Masa Hadapan dan Impaknya kepada Manusia’. Antara ahli panel terdiri daripada Dr. Masdalina Azhari, Pegawai Perubatan, Pusat Kesihatan Universiti, UKM manakala ahli panel kedua adalah Assis. Prof. Dr. Mohammad Farhan bin Rusli, Pegawai Perubatan, Health Policy, Economics & Finance, Department of Community Health, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sementara itu topik ketiga pula bertajuk ‘Penerangan Ujian Saringan COVID-19 oleh UMBI’ dihuraikan oleh En. Mohd Raziff Alias, Pegawai Sains Kanan, Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI). Seramai 326 orang kehadiran peserta telah direkodkan yang terdiri daripada kakitangan FST dan luar FST. Moderator webinar ini adalah Cik Lily Khairiah Kadarudin, Wakil Majikan I, Sekretariat KKP, FST.

  1. Ceramah Job Hazard Analysis (JHA) 

Taklimat ini telah diadakan pada 4 Mei 2021 secara dalam talian menggunakan pelantar Zoom.

Penceramah taklimat adalah En. Mohd Atif Sholehuddin daripada Applied Research Consultation, Research and Development Department, NIOSH. Seramai 118 orang kehadiran peserta terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik FST telah direkodkan. 

  1. Training of Trainers (ToT) on Job Hazard Analysis 
  • TRAINING OF TRAINERS (TOT) ON JOB HAZARD ANALYSIS 

Tarikh                     : 25-26 Oktober 2021

Lokasi                    : Bilik Aktiv, Bangunan Kedekanan FST

Penceramah          :  1) En. Azhar Ahmad, Consultation, Research and Development  Department, NIOSH

: 2) En. Mohd Atif Sholehuddin, Applied Research Consultation, Research and Development Department, NIOSH

Kehadiran peserta: 23 orang (Kakitangan Akademik, Pegawai Sains dan Pegawai Penyelidik yang terlibat dalam JKKP FST)

Objektif kursus diadakan adalah:

  1. Membentuk sebuah pasukan jurulatih dalam bidang analisis hazad pekerjaan (JHA) di Fakulti Sains dan Teknologi
  2. Memberi latihan secara dalaman kepada pegawai dan kakitangan terutama dalam kalangan ahli JKKP FST
  3. Menerapkan kebolehan kepada jurulatih untuk berkongsi pengetahuan dalam pelaksanaan JHA bersama kakitangan dan pelajar siswazah di peringkat Bangunan/Jabatan/Unit masing-masing supaya lebih terfokus
  4. Melahirkan jurulatih yang berwibawa dan berkualiti dari segi pengetahuan, kemahiran dan terlatih dalam bidang JHA

Disediakan oleh:
Syazwani Saadon
Wakil Majikan II
Sektretariat KKP

Kursus Job Hazard Analysis

Taklimat Prosedur Pelupusan Sisa Kimia Terjadual 2021
Webinar Covid-19
Pelupusan Sisa Kimia 2021
Kursus ToT JHA