Atur huruf merupakan aspek penting dalam penerbitan bagi memastikan gaya terbitan buku mematuhi format dan garis panduan yang ditetapkan. Penggunaan fon, saiz huruf, selang baris, jarak, susunan teks dan keselarasan yang baik dalam atur huruf dapat meningkatkan aspek keterbacaan, kekemasan rekaan dan daya tarikan dalam penerbitan buku.
▶ Memberikan pemahaman dan kemahiran asas kepada peserta menerusi penggunaan perisian Desktop Publishing (InDesign) serta teknik mengatur huruf dalam penerbitan;
▶ Membekalkan pengetahuan asas dalam pembinaan templat mengikut gaya penerbitan yang ditetapkan bagi memastikan hasil yang kemas, menarik dan berkualiti;
▶ Meningkatkan kualiti penerbitan buku, khususnya dalam aspek reka letak dan gaya penerbitan, bagi memastikan keseragaman serta pematuhan kepada piawaian yang ditetapkan; dan
▶ Meningkatkan produktiviti penerbitan melalui penguasaan kemahiran atur huruf dan rekaan agar lebih sistematik serta efisien.