LAWATAN PENANDA ARAS KE PENERBIT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

SERDANG, 23 Januari 2026 – Sekitar Lawatan Penanda Aras Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah diadakan pada 23 Januari 2026.

Delegasi Penerbit UKM yang diketuai oleh Pengarah Penerbit UKM, Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah, telah disambut oleh Pengarah Penerbit UPM, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan, dalam satu pertemuan yang menjadi platform perkongsian ilmu, pertukaran idea serta pengukuhan kerjasama strategik dalam bidang penerbitan ilmiah.

Lawatan ini bertujuan untuk menyokong usaha penambahbaikan berterusan serta memperkasa ekosistem penerbitan akademik di institusi pengajian tinggi, di samping memberi manfaat bersama kepada kedua-dua pihak.