UKM BANGI, 12 Febuari 2026 – Lawatan penanda aras Penerbit UTM ke Penerbit UKM telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Februari 2026. Sesi perkongsian ini memberi tumpuan kepada amalan terbaik dalam penerbitan tesis kepada buku, meliputi proses penilaian manuskrip, penyuntingan dan tadbir urus penerbitan.
Perbincangan dua hala yang konstruktif ini membuka ruang untuk pertukaran idea dan pengalaman secara lebih menyeluruh dalam mengatasi cabaran yang ditempuhi dalam bidang penerbitan.
Diharapkan lawatan ini dapat menjadi pemangkin kepada pengukuhan jaringan kerjasama antara penerbit universiti awam, sekali gus memperkasa kualiti dan kelestarian penerbitan ilmiah negara.
#penerbitukm #karyaukm #ukmpress #lawatanpenandaaras #penerbitutm