Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

HARMONIC ODYSSEY UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJUNG MALIM, 6 Jun 2026 — Seramai 20 orang peserta kelas Vokal dan Muzik PERMATA Remaja telah berpeluang menghadiri program Harmonic Odyssey yang berlangsung di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada jam 8.30 malam. Program ini turut disertai oleh tiga orang guru Vokal dan Muzik PERMATA Remaja serta dua orang staf pengurusan yang bertindak sebagai pengiring sepanjang program berlangsung. Program Harmonic Odyssey menampilkan empat orang konduktor koir berpengalaman yang mempersembahkan pelbagai bentuk dan pendekatan persembahan koir. Antara konduktor yang terlibat ialah Dato’ Syafinaz Selamat, yang sememangnya dikenali sebagai tokoh seni suara dan pendidikan muzik tanah air.

Melalui program ini, para peserta berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana sesebuah persembahan koir dipersembahkan dengan teknik, interpretasi dan gaya yang berbeza mengikut kepakaran setiap konduktor. Pendedahan secara langsung ini memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para peserta dalam memahami aspek persembahan vokal berkumpulan, disiplin muzik serta kreativiti dalam seni koir. Penyertaan dalam program ini diharap dapat meningkatkan minat, pengetahuan dan motivasi pelajar untuk terus mengembangkan bakat dalam bidang muzik dan nyanyian, sejajar dengan usaha PERMATA Remaja dalam melahirkan remaja yang berkemahiran, berkeyakinan dan berdaya saing dalam bidang seni kreatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *