Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

11 Mei 2016- Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKM hari ni membuka lagi sebuah Kelas Iqra dan Fardhu Ain di Pusat Komuniti PERKASA@remaja Pantai Ria. Kelas ini diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kelas ini bermula pada pukul 8.00 hingga 10.00 malam. Kelas ini diadakan secara PERCUMA untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran untuk membaca al-quran dan ilmu fardu ain. Kelas ini ditawarkan kepada kanak-kanak dan remaja yang berumur antara 7 tahun hingga 25 tahun.

Kelas Iqra dan Fardhu Ain ini dibimbing oleh Ustaz Yansari Yusuf yang merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik-adik yang hadir. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ibu-bapa yang telah mendaftarkan anak-anak mereka untuk Kelas Iqra dan Fardhu Ain ini dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memberi ilmu agama kepada anak-anak.

Pusat Komuniti PERKASA@remaja Pantai Ria masih lagi membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak dan remaja sekitar yang berminat untuk menyertai kelas ini. Peserta berminat boleh menghubungi:

Pengurus Pusat Komuniti PERMATA PERKASA@remaja
Blok A, PPR Pantai Ria,
59200 Pantai Dalam,
Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2201 4890
No. Fax: 03-8921 4895
E-mel: perkasa@ukm.edu.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *