ASASIpintar Perdana
Program ASASIpintar UKM ialah program pra-universiti yang dikendalikan oleh Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi pada 8 Mac 2011. Program ini ditujukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, potensi intelek yang tinggi dan bakat yang menonjol.
Program ini telah bermula pada Mei 2012. Graduan Program ASASIpintar UKM akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam di Malaysia dalam pelbagai bidang pengajian, bergantung kepada keputusan peperiksaan dan temu duga fakulti. Terdapat dua laluan permohonan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (sejak tahun 2021); iaitu laluan permohonan ke fakulti UKM (kecuali Fakulti Pengajian Islam) dan laluan permohonan dalam talian UPU. Keputusan penerimaan permohonan pelajar adalah tertakluk sepenuhnya kepada keputusan fakulti yang dipohon.
Program ASASIpintar UKM menekankan pembangunan holistik pelajar bagi memastikan semua aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar dapat diperkembangkan. Program ini menawarkan kurikulum yang menekankan gabungan teori dan amali serta kursus penyelidikan yang dapat memperkukuh keupayaan pelajar menjalankan pelbagai penyelidikan dalam bidang yang diminati. Pemupukan ilmu yang mencabar serta inovasi terkini merupakan teras utama program ASASIpintar.
Buletin ASASIpintar PERDANA
Program Akademik
- Aliran Sains
- Aliran Sains Sosial
Memenuhi Syarat Umum Universiti serta Syarat Khas Program
Syarat kemasukan untuk Program ASASIpintar UKM bagi calon:
Warganegara Malaysia;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Biologi
Fizik
Kimia
Lulus Peperiksaan/Temu Duga Program
Terbuka kepada calon Kategori A (SPM tahun semasa) dan Kategori B (SPM bukan tahun semasa):
Syarat kemasukan untuk Program ASASIpintar UKM bagi calon dari Program Pendidikan Kolej PERMATA@Pintar:
Warganegara Malaysia;
dan
Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.00 dalam Diploma Sekolah Menengah PERMATA@Pintar.
(1) Lawati Laman Web Rasmi UPU: http://upu.moe.gov.my
(2) Daftar dan buat akaun baru serta pilih kategori yang sesuai
(3) Isikan maklumat yang diperlukan
(4) Pilih ASASIpintar UKM
(5) Teruskan dengan pengesahan
- Asasi Sains

- Asasi Sains Sosial

**Kursus Asasi Sains Sosial hanya ditawarkan kepada graduan Kolej PERMATA@Pintar sahaja.
Kenapa ASASIpintar Perdana?
ASASIpintar merupakan sebahagian daripada Pusat PERMATA@Pintar Negara, iaitu sekolah pelajar pintar dan berbakat pertama dan terunggul di Malaysia. Kami merupakan program asas pra-universiti yang diurus sepenuhnya oleh UKM, iaitu salah sebuah universiti yang tersenarai dalam 1% teratas di dunia.
Struktur program yang unik dan komprehensif. Kami menawarkan kursus berteraskan STEM seperti Projek Penyelidikan dalam silibus. Pelajar berpeluang menjalankan penyelidikan di bawah penyeliaan Profesor dan pakar yang dihormati serta berpengetahuan luas. Kursus ini direka bentuk untuk membangunkan potensi pelajar serta mempersiapkan mereka bagi pengajian di peringkat fakulti pada masa hadapan.
Pelajar juga akan didedahkan kepada subjek kemanusiaan seperti Analisis Kritikal, Pembangunan Jati Diri Negara serta Kepimpinan dan Pembuatan Keputusan. Subjek-subjek kemanusiaan ini merupakan pendekatan holistik dalam melahirkan pelajar yang seimbang dan berdaya saing, yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara sebagai pemimpin pada masa hadapan.
Kursus-kursus kami dijalankan oleh pensyarah yang berpengalaman dan pakar, termasuk profesor dan pensyarah dari pelbagai disiplin ilmu.
Setelah menamatkan pengajian di ASASIpintar, pelajar akan berpeluang melanjutkan pengajian di pelbagai fakulti bertaraf dunia di UKM. UKM kini tersenarai dalam 1% universiti terbaik di dunia.
UKM terletak di lokasi strategik di Selangor, dengan kedudukan yang dekat dengan Kuala Lumpur serta pusat pengangkutan utama termasuk lapangan terbang.
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Program ASASIpintar,
Pusat PERMATA@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Malaysia.
Pejabat Pentadbiran: 03-89217513
Emel: asasipintar@ukm.edu.my
Faks: 03-89217525
- Dr. Azizah binti Mohd Zahidi
(Ketua Unit)
03-89217516
Dr. Nor Farhah binti Razak
(Koordinator Akademik)
03-89217517Dr. Teh Chin Hoong
(Koordinator Hal Ehwal Pelajar)
03-89217514








