IIUM INTERNATIONAL ARABIC DEBATE OPEN 2023
Tarikh: 8 – 11 Disember 2023
Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
Anjuran: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dengan kerjasama Qatar Debate
Butiran: IIUM INTERNATIONAL ARABIC DEBATE OPEN 2023 merupakan pertandingan debat bahasa arab yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan rakan strategik Qatar Debate setiap dua tahun sekali. Pertandingan ini menyediakan medium kepada pelajar mahasiswa/i dari setiap Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan juga negara serantau termasuk Indonesia dan Brunei untuk mengasah kemahiran menganalisis isu semasa dan meningkatkan kemahiran berdebat secara ilmiyah dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa perdebatan. Melalui kerjasama Qatar Foundation, pertandingan debat ini turut dianjurkan bertujuan untuk mencari pasukan yang layak mewakili Malaysia dalam International University Debate Championship 2024 yang akan berlangsung di Doha, Qatar. Pasukan UKM A telah diwakili oleh Danial Khan Syahiran Bin Zairi dan berjaya merangkul Runner-Up dalam pertandingan tersebut, seterusnya melayakkan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mewakili Malaysia di peringkat seterusnya di Qatar. Turut hadir Timbalan Pengarah Pusat PERMATA@Pintar Negara, En. Mohd Hakimie bin Zainal Abidin dalam majlis penutup tersebut.
