Majlis Graduasi Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM kali ke-14
Lensa sekitar Majlis Graduasi Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM kali ke-14 yang telah berlangsung pada 17 Oktober 2025.
Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar Tahap 2 yang telah berjaya menamatkan Program Pendidikan PERMATA@Pintar UKM. Majlis yang dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA, KPM, Y.Brs. Dr. Nor Suhara Fadzil. Majlis graduasi ini berlangsung bagi meraikan seramai 86 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan High School Diploma (HSD). Daripada jumlah itu, seramai 37 orang pelajar dianugerahkan Anugerah Pengarah dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.67 dan ke atas.
Tambahan pula, sebanyak 5 anugerah khas telah diberikan kepada 5 orang pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang menuntut pengajian di sini. Turut hadir bersama Pengarah Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM, Prof. Dr. Ismanizan Ismail dan YDP PIBG 2025, Mejar Jeneral Dato’ Hj. Mohd. Shaifuddin Hj. Mohd Shariff.
Kami warga Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar tidak kira berada di mana sahaja.
Semoga terus berjaya!

