Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM

TEROKA, CIPTA, BITARA

ASASIpintar Perdana

Program ASASIpintar UKM ialah program pra-universiti yang dikendalikan oleh Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi pada 8 Mac 2011. Program ini ditujukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, potensi intelek yang tinggi dan bakat yang menonjol.

Program ini telah bermula pada Mei 2012. Graduan Program ASASIpintar UKM akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam di Malaysia dalam pelbagai bidang pengajian, bergantung kepada keputusan peperiksaan dan temu duga fakulti. Terdapat dua laluan permohonan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (sejak tahun 2021); iaitu laluan permohonan ke fakulti UKM (kecuali Fakulti Pengajian Islam) dan laluan permohonan dalam talian UPU. Keputusan penerimaan permohonan pelajar adalah tertakluk sepenuhnya kepada keputusan fakulti yang dipohon.

Program ASASIpintar UKM menekankan pembangunan holistik pelajar bagi memastikan semua aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar dapat diperkembangkan. Program ini menawarkan kurikulum yang menekankan gabungan teori dan amali serta kursus penyelidikan yang dapat memperkukuh keupayaan pelajar menjalankan pelbagai penyelidikan dalam bidang yang diminati. Pemupukan ilmu yang mencabar serta inovasi terkini merupakan teras utama program ASASIpintar.

Buletin ASASIpintar PERDANA

Pendaftaran Pelajar Baharu Program ASASIpintar

Youth-led Project
Exhibition

IIUM INTERNATIONAL ARABIC DEBATE OPEN 2023

Program Akademik

  • Aliran Sains
  • Aliran Sains Sosial

Memenuhi Syarat Umum Universiti serta Syarat Khas Program

Syarat kemasukan untuk Program ASASIpintar UKM bagi calon:

Warganegara Malaysia;
dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu

  • Bahasa Inggeris

  • Matematik

  • Matematik Tambahan

  • Biologi

  • Fizik

  • Kimia

Lulus Peperiksaan/Temu Duga Program

Terbuka kepada calon Kategori A (SPM tahun semasa) dan Kategori B (SPM bukan tahun semasa):

Syarat kemasukan untuk Program ASASIpintar UKM bagi calon dari Program Pendidikan Kolej PERMATA@Pintar:

Warganegara Malaysia;
dan

Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.00 dalam Diploma Sekolah Menengah PERMATA@Pintar.

(1) Lawati Laman Web Rasmi UPU: http://upu.moe.gov.my

(2) Daftar dan buat akaun baru serta pilih kategori yang sesuai

(3) Isikan maklumat yang diperlukan

(4) Pilih ASASIpintar UKM

(5) Teruskan dengan pengesahan

  • Asasi Sains

  • Asasi Sains Sosial

**Kursus Asasi Sains Sosial hanya ditawarkan kepada graduan Kolej PERMATA@Pintar sahaja.

Kenapa ASASIpintar Perdana?

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Program ASASIpintar,
Pusat PERMATA@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Malaysia.

Pejabat Pentadbiran: 03-89217513
Emel: asasipintar@ukm.edu.my
Faks: 03-89217525

  1. Dr. Azizah binti Mohd Zahidi
    (Ketua Unit)
    03-89217516
  1. Dr. Nor Farhah binti Razak
    (Koordinator Akademik)
    03-89217517

  2. Dr. Teh Chin Hoong
    (Koordinator Hal Ehwal Pelajar)
    03-89217514