Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM

TEROKA, CIPTA, BITARA

MAJLIS & AKTIVITI

Majlis Graduasi

Majlis Graduasi Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, merupakan satu detik bersejarah yang diraikan dengan penuh gilang-gemilang bagi menandakan tamatnya perjalanan akademik para pelajar dalam program yang dijalankan. Majlis ini adalah simbol penghargaan kepada usaha gigih, ketekunan, dan pencapaian pelajar sepanjang penglibatan mereka dalam program PERMATA@Pintar yang menekankan kecemerlangan intelektual dan pembangunan holistik.

Majlis Graduasi ke-

Majlis Anugerah Pelajar

Majlis Anugerah Pelajar merupakan acara tahunan berprestij anjuran Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, yang bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang pelajar dalam pelbagai bidang sepanjang tahun. Majlis ini bukan sekadar satu acara penghargaan, tetapi juga merupakan satu simbol komitmen kami dalam membentuk generasi pemimpin masa depan yang unggul dalam akademik, penyelidikan, sahsiah, dan kepimpinan.

International Future Scientist Conference

International Future Scientist Conference (IFSC) adalah sebuah platform akademik bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM, bertujuan membina generasi saintis muda yang berwibawa dan berwawasan. IFSC menghimpunkan pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari dalam dan luar negara untuk berkongsi hasil penyelidikan, bertukar idea, dan mengasah kemahiran komunikasi saintifik mereka di peringkat global.

Konferens ini memberi peluang kepada peserta untuk membentangkan projek penyelidikan mereka dalam pelbagai bidang termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM), Sains Sosial, dan Sains Kemanusiaan. Setiap peserta dibimbing oleh mentor penyelidikan berpengalaman untuk memastikan projek yang dihasilkan mencapai tahap akademik yang tinggi.

Kejohanan Sukan KPPN UKM 

Kejohanan Sukan KPPN UKM merupakan acara tahunan peringkat program di bawah Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, dan jati diri dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat.

“Bersukan Demi Kecemerlangan, Bersatu Demi Kejayaan”

Nobel Week

Sepanjang minggu ini, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti seperti pembentangan, forum, pameran, simulasi penyelidikan, serta eksplorasi subjek STEM. Aktiviti ini dirangka bagi menanam semangat ingin tahu, pemikiran kritis, dan aspirasi untuk menjadi peneraju masa depan dalam bidang masing-masing.

Nobel Week @ KPPN UKM bukan sekadar sambutan, tetapi platform untuk membentuk pemimpin muda yang berilmu, berwawasan dan berbakti kepada masyarakat sejagat.

“Inspire the Mind, Impact the World”

Minggu Jalinan Mesra Pelajar

Kejohanan Sukan KPPN UKM merupakan acara tahunan peringkat program di bawah Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, dan jati diri dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat.

“Bersukan Demi Kecemerlangan, Bersatu Demi Kejayaan”