Youth-led Project Exhibition

Penulis: Hadirah Amalin binti Hisham

 

Tarikh: 3 Mei 2024

Tempat: Pusat Auditorium PERMATApintar Negara

Anjuran: Program ASASIpintar bersama pelajar kursus PNAP0283 Analisis Kritikal Isu Semasa

Butiran: Youth-led Project Exhibition merupakan program yang dianjurkan atas hasil kerja kursus PNAP0283 Analisis Kritikal Isu Semasa iaitu projek yang memberi semula kepada masyarakat atau komuniti yang termasuk dalam kurikulum Semester 2. Pelajar ASASIpintar diminta untuk membuat projek komuniti yang menyoroti isu-isu yang berleluasa sedang berlaku dengan harapan bahawa dengan memberi kembali kepada masyarakat, ia boleh membawa kepada tujuan yang lebih besar. Program ini telah dianjurkan oleh unit pensyarah dengan bantuan Majlis Tertinggi Persatuan Pelajar ASASIpintar. Ia dapat memupuk kemahiran melaksanakan program disamping membina sifat filantropi dan daya fikiran kritikal untuk membantu menjalankan kerja amal di kalangan masyarakat. Program ini dirasmikan oleh Ketua Program ASASIpintar UKM, Dr Azizah binti Mohd Zahidi dan turut dihadiri oleh barisan pensyarah serta 256 pelajar. Melalui kerjasama yang diberi, program ini berlangsung dengan jayanya.