Panggilan Kertas Kerja

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Sarjana Muada (PERSADA) 2023 yang bertemakan “Mahasiswa Glokal Melestari Watan”  pada 16 & 17 Jun 2023 secara bersemuka di FSSK, UKM.

 

Sekretariat PERSADA 2023 mempelawa pelajar-pelajar prasiswazah sains sosial dan kemanusiaan serta bidang lain dari Universiti Awam, Kolej dan Institut Pendidikan Guru untuk menyertai persidangan ini.

 

Layari laman sesawang PERSADA untuk mengetahui maklumat lanjut dan tarikh penting persidangan.

Hubungi kami di persada@ukm.edu.my untuk pertanyaan lanjut.

#FSSKTERUSGEMILANG

#UniversitiWatanKita

#PERSADA2023