Persidangan Kebangsaan Sarjana Muda

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Peserta

Peserta (pembentang) adalah daripada kalangan pelajar sarjana muda (prasiswazah) yang kini berada pada tahun akhir (tahun ke-3) bersama-sama pensyarah atau penyelia latihan ilmiah (projek akhir). Pelajar perlu mendapatkan persetujuan penyelia untuk menyertai PERSADA 2025.

Pelajar tahun ke-2 atau berada pada pertengahan pengajian juga digalakkan untuk membentangkan hasil penyelidikan / projek yang telah dilakukan bersama-sama pensyarah.

Peserta (pelajar) dari seluruh institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta dan Institut Pendidikan Guru adalah dijemput untuk menyertai PERSADA 2025.

Bayaran Pakej

Bagi menampung kos makanan, sijil dan kudap-kudapan pembentang. PERSADA 2025 menawarkan 3 bentuk pakej penyertaan berikut;

PAKEJ 1 : RM 50.00 – Seorang Pembentang (pelajar) + Penyelia

PAKEJ 2 : RM 80.00 – Dua Orang Pembentang (pelajar) + Penyelia

PAKEJ 3 : RM120.00 – Tiga Orang Pembentang (pelajar) + Penyelia

Sila rujuk ke menu pembayaran untuk maklumat lanjut