ASBAM7

  • ASBAM7

    Date: 28/07/2018  -  29/07/2018
    Venue: Jayakarta, Lombon Beach Resort & Spa, Indonesia


    Introduction

    Seminar Antarabangsa Ke-7 Arkeologi, Sejarah dan Budaya ini merupakan seminar yang diadakan untuk kali ketujuh dan tujuan utama adalah untuk mengumpulkan hasil penyelidikan terkini berkaitan bidang arkeologi, sejarah dan budaya di Alam Melayu yang difikirkan amat penting untuk diwacanakan di peringkat antarabangsa.

    Seminar ini akan mengumpulkan sarjana dan juga pelajar pasca siswazah dalam satu sidang untuk mereka bertukar pendapat dan menyampaikan hasil penyelidikan serta pemikiran mereka berdasarkan hipotesis atau teori baru. Seminar ini dijangka dapat menarik perhatian pelbagai pihak dalam negara.

     

    Tujuan Persidangan

    • Menemukan para penyelidik yang terlibat dalam arkeologi, sejarah dan budaya di peringkat antarabangsa
    • Memperoleh pelbagai data baru dalam bidang arkeologi, sejarah dan budaya terutamanya mengenai kajian di Alam Melayu
    • Memperkukuhkan jaringan penyelidikan dalam bidang tersebut terutamanya dengan para sarjana dari luar negara.
    • Memperkukuhkan bidang sains kemanusiaan dengan penglibatan daripada bidang sains tulen terutamanya kepada mereka yang terlibat dengan kajian arkeologi
    • Mengangkat bidang arkeometri sebagai satu bidang baru di Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Melestarikan warisan budaya dan warisan semula jadi Malaysia

     

    Kadar Bayaran:

    Pembentang: RM 400.00
    Pembentang Pelajar/ Peserta: RM 250.00

     

    Urusetia Persidangan: asbam.atma@gmail.com


    Speakers

    • ASBAM7


    Organiser

    Universitas Hasanuddin, Makassar, Indonesia,
    Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM,
    Universitas Islam Al-Azhar, Mataram, Indonesia,
    Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia

  • Gallery