Sekalung Penghargaan & Terima Kasih

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Cik Noor Adibah Mohamad Hamid atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim.
Segala usaha dan dedikasi Cik Adibah amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. Silaturahim yang dibina tidak akan terputus di sini. Kami di PKWTFH sentiasa mendoakan Cik Adibah semoga terus cemerlang di tempat baharu. Terima kasih atas segala bakti yang dicurahkan.