Sekalung penghargaan dan terima kasih Prof. Madya Dr. Nor Ba’yah Abdul Kadir

Setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya diucapkan buat Prof. Madya Dr. Nor Ba’yah Abdul Kadir atas jasa dan khidmat bakti sebagai Ketua Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim bermula 1 Disember 2024 (pelantikan semula sebagai Ketua Pusat) hingga 31 Julai 2025.
Terima kasih Dr. Ba’yah atas segala tunjuk ajar dan kepimpinan sepanjang menerajui PKWTFH. Kami mendoakan agar langkah dan aspirasi Dr. seterusnya akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang di masa akan datang.