Forum Antarabangsa “Unleashing the Power of Women in ASEAN: Trade and Industry Across Borders”
Pada 8 Oktober 2025, warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) telah menghadiri Forum Antarabangsa “Unleashing the Power of Women in ASEAN: Trade and Industry Across Borders” anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia), dan Women in Trade and Industry (WITI). Program ini bertempat di Dewan Perdana, Menara MITI.
Antara topik perbincangan dalam forum tersebut adalah: Overview on Global Strategies in Empowering Women in Trade and Industry; yang membuka tirai dengan sorotan global mengenai strategi memperkasa wanita dalam perdagangan dan industri. Para panelis berkongsi dasar, perspektif diplomatik, serta peluang kerjasama antarabangsa ke arah memperkukuh peranan wanita dalam sektor ekonomi global.
Slot seterusnya bertajuk “Leadership and Mentorship – Sustainable Trade” menampilkan barisan panelis daripada pemimpin wanita dalam dunia korporat dan dasar awam, berkongsikan pandangan mereka tentang kepimpinan berdaya lestari untuk masa depan perdagangan yang mampan.
Forum ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan, perkongsian ilmu serta memperhebat usaha memperkasa kepimpinan dan keusahawanan wanita di peringkat ASEAN.



















