Kajian Kes Di Dalam Konteks Bukan Perniagaan: Pengenalan, Peluang dan Amalan
Kajian Kes Di Dalam Konteks Bukan Perniagaan: Pengenalan, Peluang dan Amalan
9 Disember 2011- Pusat Kepimpinan Wanita telah menganjurkan bengkel penulisan bagi menerbitkan sebuah buku. Penerbitan buku ini menggunakan pendekatan Kajian Kes (Case Study) yang bertajuk ‘Non- Business Contexts: Introduction, Opportunities and Practices.
Untuk tujuan penerbitan, siri bengkel penerbitan ini diadakan bagi membincangkan secara mendalam penerbitan yang akan dihasilkan. Pendedahan turut diberikan berkaitan kaedah melakukan kajian kes.
Bengkel ini telah diadakan di Sudut Wacana, Bangunan ATMA, UKM. Bengkel selama sehari ini telah di hadiri oleh seramai 20 orang pensyarah-pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia selaku penulis yang akan menjalankan kajian serta menulis kajian kes tersebut.