Forum Agenda Wanita Negara dan Pelancaran Buku 30 Tahun CEDAW Malaysia 30 September 2025

Pada 30 September 2025, warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) telah menghadiri Forum Agenda Wanita Negara serta menyaksikan Pelancaran Buku 30 Tahun CEDAW Malaysia. Forum ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Forum ini menekankan kepentingan Dasar Wanita Negara (DWN) yang berpaksikan prinsip kesaksamaan, keadilan serta pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam pembangunan negara. Antara intipatinya:
? Pengupayaan wanita dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik dan kepimpinan.
? Perlindungan hak serta kesejahteraan wanita dalam semua peringkat kehidupan.
? Perkongsian tanggungjawab antara wanita dan lelaki dalam institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Forum ini turut membincangkan peranan wanita dalam mendepani era pendigitalan, slot Bicara Inspirasi CEO bersama Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah, yang berkongsi pengalaman memartabatkan jenama tempatan ke peringkat global dan slot Dalam Sirna Ada Sinar yang mengupas isu perlindungan hak serta kesejahteraan wanita pascaperceraian. Penyertaan PKWTFH dalam forum ini memperkukuh komitmen untuk terus menyokong agenda pemerkasaan wanita, seiring dengan semangat 30 Tahun CEDAW Malaysia sebagai tonggak perjuangan kesaksamaan gender di peringkat nasional dan antarabangsa.

#PKWTFH #AgendaWanitaNegara #CEDAWMalaysia #DasarWanitaNegara #KepimpinanWanita