Kunjungan Hormat Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (8 September 2025)
Pada 8 September 2025 yang lalu, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim telah menerima kunjungan hormat daripada Dekan Fakulti, Profesor Dr. Kadaruddin Aiyub serta barisan pihak pengurusan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kunjungan ini bukan sahaja menjadi wadah pertemuan mesra, malah turut membuka ruang untuk membincangkan potensi kolaborasi dan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Melalui usaha ini, diharapkan wujud sinergi yang lebih kukuh dalam memperkasa agenda pembangunan kepimpinan wanita di universiti, sekali gus menyumbang kepada pembinaan ekosistem pendidikan dan penyelidikan yang lebih inklusif serta berdaya saing.







