Kunjungan Hormat Tan Sri Dato’ Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad ke Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (18 September 2025)
Pada 18 September yang lalu, warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) berasa amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Dato’ Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kehadiran Tan Sri bukan sahaja memberikan suntikan semangat, malah turut menjadi sumber inspirasi dan dorongan untuk kami terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh agenda pemerkasaan wanita, khususnya dalam bidang kepimpinan. Sokongan dan keyakinan yang diberikan menjadi tanda keprihatinan Tan Sri terhadap usaha berterusan yang digerakkan oleh pusat ini.
Kami amat menghargai ruang dan kepercayaan yang diberikan untuk melihat PKWTFH kembali aktif dengan pelbagai inisiatif serta program berimpak tinggi. Diharapkan jalinan kerjasama erat antara pihak Tan Sri dan pusat ini dapat membuka lebih banyak peluang baharu dalam membangunkan potensi wanita, sekaligus melahirkan barisan pemimpin wanita yang berwibawa, berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.








