Perbincangan bersama Wanita Berdaya Selangor ke arah Penawaran Sijil Profesional Kepimpinan Wanita (10 Februari 2026)

Pada 10 Februari 2026, warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkunjung ke Pejabat Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Shah Alam, untuk sesi Perbincangan bersama Wanita Berdaya Selangor ke arah Penawaran Sijil Profesional Kepimpinan Wanita.
Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak berkongsi idea dan cadangan kerangka kursus serta modul latihan, termasuk topik-topik penting seperti kepimpinan, pengurusan diri, kemahiran profesional, dan pemerkasaan wanita dalam komuniti. Perbincangan ini adalah langkah penting untuk memastikan program ini komprehensif, relevan, dan berimpak tinggi bagi pembangunan wanita dan komuniti masa kini.
Kerjasama ini menandakan satu langkah penting dalam usaha memperkasakan wanita berdaya saing, berpengetahuan, dan berinspirasi, sejajar dengan visi PKWTFH dan Wanita Berdaya Selangor untuk membina generasi pemimpin wanita yang berkualiti.