Perbincangan Meja Bulat bagi Penyediaan Dokumen Pelan Strategik PKWTFH

Pada 23 Oktober 2025, warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) telah mengadakan Perbincangan Meja Bulat bagi Penyediaan Dokumen Pelan Strategik bersama Tan Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad, Felo Utama Bersekutu PKWTFH.

Sesi ini memberi tumpuan kepada pengukuhan peranan PKWTFH sebagai peneraju dalam memupuk dan memperkasa kepimpinan wanita di institusi pendidikan tinggi. Perbincangan ini turut menekankan teras kelestarian, ekonomi dan kesejahteraan wanita sebagai asas dalam membentuk hala tuju strategik pusat bagi tempoh akan datang.

Diharapkan melalui wacana berimpak ini, PKWTFH terus komited untuk menjadi pusat rujukan dalam memperkasa kepimpinan wanita yang berdaya saing, berprinsip dan berwawasan; bukan sahaja melahirkan pemimpin wanita yang cemerlang dalam bidang akademik dan pentadbiran, tetapi turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan pembangunan negara.