Sekalung tahniah Prof. Datuk Dr. Rokiah Omar atas penerimaan Anugerah Pengiktirafan Klasifikasi IPC 2025 (IPC Classification Recognition Award) oleh International Paralympic Committee (IPC) di Bonn, Jerman.

Seluruh warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) mengucapkan sekalung tahniah kepada Prof. Datuk Dr. Rokiah Omar, Felo Utama Bersekutu PKWTFH atas penerimaan Anugerah Pengiktirafan Klasifikasi IPC 2025 (IPC Classification Recognition Award) oleh International Paralympic Committee (IPC) di Bonn, Jerman.

Pengiktirafan berprestij ini diberikan atas sumbangan besar beliau dalam bidang klasifikasi atlet dengan ketidakupayaan penglihatan di peringkat antarabangsa. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sains Sukan Perubatan di Asian Paralympic Committee (AsPC) serta Ketua Klasifikasi bagi International Blind Sports Federation, beliau telah memainkan peranan penting dalam membangunkan dan melaksanakan peraturan klasifikasi atlet yang kini digunapakai di lebih 40 buah negara di rantau Asia.

Anugerah ini membuktikan dedikasi, kepimpinan dan komitmen berterusan Prof. Datuk Dr. Rokiah dalam memperkasa sukan para dan memastikan peluang yang adil serta inklusif untuk semua atlet. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, tetapi juga menjadi inspirasi buat komuniti sukan para di seluruh dunia.