Selamat Menyambut Deepavali 2025
Seluruh warga PKWTFH mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua yang meraikannya. Semoga perayaan ini disambut dengan sinar kemeriahan dan kebahagiaan di samping orang-orang tersayang. Seperti sinar pelita yang menerangi malam, wanita adalah pembawa cahaya kepada keluarga, komuniti, dan organisasi. Oleh itu, marilah kita terus memperkasa wanita sebagai peneraju perubahan dan kepimpinan yang berteraskan empati, kesaksamaan, kebijaksanaan dan keberanian dalam membina dunia yang lebih damai, inklusif dan sejahtera.