Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026!

Seluruh warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) , Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mengucapkan, Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 kepada seluruh warga UKM!
Doa kami warga PKWTFH, semoga tahun 2026 membawa iltizam baharu yang menandakan komitmen berterusan dalam memperkasa kepimpinan wanita yang berdaya saing, menyokong pembangunan ekonomi wanita yang lestari, serta memupuk kesejahteraan sosial demi kemajuan masyarakat dan negara secara holistik.