Selangor International Care Summit 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Pada 11 Oktober 2025, warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) telah menghadiri Selangor International Care Summit 2025 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Bertemakan “Care is Work. Care is Worth. The Future is in Care,” konvensyen ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan hala tuju industri penjagaan (care industry) di Malaysia, di mana ia merangkumi penjagaan kanak-kanak, warga emas, dan penjagaan kesihatan komuniti.
Industri penjagaan bukan sekadar bidang sokongan sosial, tetapi merupakan tunjang penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Di Malaysia, majoriti tenaga kerja dalam sektor ini terdiri daripada wanita, yang memainkan peranan besar sebagai penyedia penjagaan profesional mahupun tidak formal.
Penyertaan PKWTFH dalam konvensyen ini menzahirkan komitmen untuk memperkukuh dasar, kepimpinan dan peluang pembangunan wanita dalam industri penjagaan, agar nilai dan kerja penjagaan diiktiraf serta dihargai setimpalnya.