Tahniah Graduan UKM!

Warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua graduan sempena Istiadat Konvokesyen UKM Ke-53.
Kejayaan ini mencerminkan semangat ketabahan, kepimpinan dan kecemerlangan yang menjadi tunjang Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga ilmu dan pengalaman yang diraih menjadi asas untuk anda terus menyumbang kepada masyarakat, memacu pembangunan negara dan memperjuangkan SDG 4: Pendidikan Berkualiti demi masa depan yang lebih inklusif dan mampan.
Tahniah, graduan UKM! Watan Kita, Kebanggaan Kita.