Pertandingan Futsal Wanita
10 Mac 2012 (Sabtu) – Futsal merupakan permainan yang tidak asing lagi untuk kaum wanita. Bagi melihat sejauh mana penglibatan wanita dalam bidang sukan, pertandingan futsal telah diadakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2012 peringkat UKM. Pertandingan telah berlangsung di Gelanggang Futsal Galaksi, Bangi. Pertandingan futsal ini terbuka kepada semua warga ukm serta pihak luar.
Seramai 10 kumpulan telah menyertai pertandingan ini di antaranya kumpulan Phoenix A, Phoenix B, Tia Amelia A, Sevens, Ajass FC dan satu-satunya wakil dari kolej kediaman UKM iaitu Kolej Ibrahim Yaakub.
Senamrobik yang diketuai oleh empat orang instruct dari Pusat Sukan UKM telah dilakukan sebelum pertandingan bermula. Pertandingan futsal diadakan secara liga iaitu terbahagi kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan bertanding sebanyak empat kali bagi melayakkan diri ke pusingan akhir.
Perlawanan sengit di pusingan akhir, namun kemenangan berpihak kepada kumpulan Tia Amelia A, manakala tempat kedua jatuh kepada kumpulan Phoenix B dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Sevens. Pemenang masing- masing membawa hadiah berupa wang tunai, hamper dan sijil penyertaan. Hadiah telah disampikan oleh Profesor Madya Dr. Faridah Shahadan, Timbalan Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa.
Pertandingan futsal berakhir pada 12 tengah hari. Dengan berakhirnya pertandingan futsal maka berakhir sudah minggu sambutan Hari Wanita Sedunia 2012 peringkat UKM.
manakala tempat kedua jatuh kepada kumpulan Phoenix B dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Sevens. Pemenang masing- masing membawa hadiah berupa wang tunai, hamper dan sijil penyertaan. Hadiah telah disampikan oleh Profesor Madya Dr. Faridah Shahadan, Timbalan Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa.
Pertandingan futsal berakhir pada 12 tengah hari. Dengan berakhirnya pertandingan futsal maka berakhir sudah minggu sambutan Hari Wanita Sedunia 2012 peringkat UKM.