Kunjungan Mesra Wakil Pengurusan Maros-Pangkep Geopark

Anjuran: Maros-Pangkep Geopark (MPGp), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 11 September 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 11 September 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah menerima kunjungan mesra daripada wakil pengurusan Maros-Pangkep Geopark (MPGp) iaitu Dedy Irfan B., selaku Pengurus Besar dan sekretariat pentadbiran, Ahmad Reza Syaiful. MPGp adalah terletak di Provinsi Sulawesi Selatan yang mana kawasannya meliputi 2 kabupaten iaitu Kabupaten Maros dan Pangkajene. MPGp telah dipersetujui sebagai anggota baharu UNESCO Global Geopark (UGGp), namun pengiktirafan secara rasmi akan diadakan semasa persidangan UNESCO di Paris, Perancis pada Mac 2023 nanti. Cik Asbiyatulaida Derahman, Pegawai Sains PPL-UKM telah memberikan taklimat dan penerangan ringkas kepada wakil-wakil yang hadir semasa lawatan di Galeri Penyelidikan PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman