Lawatan Kerja oleh Kakitangan Underwater World Langkawi Sdn. Bhd. (UWL)

Anjuran: Underwater World Langkawi Sdn. Bhd. (UWL) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 29 September 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 29 September 2022 – Beberapa kakitangan daripada Underwater World Langkawi Sdn. Bhd. (UWL) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Tujuan utama lawatan kerja ini adalah bagi mendapatkan pengetahuan serta perkongsian ilmu berkenaan pengurusan galeri/ muzium terutamanya dalam penjagaan dan konservasi awetan spesimen fauna. Penerangan dan taklimat ringkas telah dijalankan di Galeri Penyelidikan PPL-UKM oleh En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad dan Cik Asbiyatulaida Derahman.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman