loader image

πŒπ€π 𝐀𝐍𝐃 ππˆπŽπ’ππ‡π„π‘π„ πŸ‘πŸ”πŸŽΒ° ππˆπŽπƒπˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜ π„πƒπ”π‚π€π“πˆπŽπ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŸπŸŽπŸπŸ‘ 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππˆπŽπƒπˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆.

Man and Biosphere 360Β° Biodiversity Education Program adalah sebuah platform yang bertujuan untuk meningkatkan peranan pusat-pusat penyelidikan (R&D) dalam bidang kepelbagaian biologi, sambil menyebarkan pengetahuan saintifik serta kesedaran akan peranan biodiversiti kepada masyarakat. Program ini dirancang dengan aktiviti dan modul yang dapat menjadi medium pembelajaran yang efektif bagi pesertanya, untuk memahami kepentingan dan sumbangan biodiversiti, serta membuka pintu kepada peluang kerjaya yang berpotensi.
Β 
Sebanyak 100 peserta, terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dari enam sekolah di Negeri Pahang, Terengganu, dan Johor, telah mengambil bahagian dalam Man and Biosphere 360Β° Biodiversity Education Program 2023. Program ini berlangsung di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pekan, Pahang dari 22 hingga 24 September 2023, dengan penyertaan para guru pengiring.
Β 
Majlis Perasmian Penutupan Man and Biosphere 360Β° Biodiversity Education Program 2023 ini telah disempurnakan oleh Encik Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang, serta diiringi oleh Profesor Dato’ Sri Dr. Mushrifah Bt. Idris, Profesor Kehormat Universiti Kebangsaan Malaysia, Cik Nadimah Hilwah Binti Mohd Saifuddin, wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang, Encik Mohd Zikri Bin Omar selaku Ketua Sekretariat Majlis Biodiversiti Pahang, Lt Kol Mohd Zuraidi bin Zainal Abidin wakil Angkatan Tentera Malaysia Briged Keempat (Mekanize) Pahang, serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasik Chini, iaitu Encik Lukman Alhakim.
Β 
Selain itu, majlis turut dihadiri oleh pakar-pakar panel modul program yang telah bersama-sama menjayakan program 3 hari ini, yang berlangsung dari hari Jumaat hingga Ahad. Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan persembahan khas Tarian Tradisional oleh Komuniti Orang Asli Tasik Chini, serta Aspirasi Pelajar.
Β 
Harapannya, program seumpama ini akan diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang dengan sokongan dari pelbagai pihak. Pihak penganjur dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Β 
Skip to content