CABANG KOLEKSI

Koleksi ini mempamerkan bahan terkini yang baru ditambah ke dalam koleksi perpustakaan. Dipamerkan di Aras 3 Perpustakaan Praklinikal, bahan koleksi ini boleh dipinjam mengikut kelayakan ahli perpustakaan.

Lihat Semua
Koleksi ini menempatkan bahan dalam bidang Perubatan dan Sains Kesihatan termasuk Anatomi, Biokimia, Fisiologi, Mikrobiologi, Farmakologi, Parasitologi & Entomologi serta UMBI. Ditempatkan di Aras 3 Perpustakaan Praklinikal, bahan koleksi ini boleh dipinjam mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.
Koleksi ini menempatkan bahan tesis dan ditempatkan di Aras 4 Perpustakaan Praklinikal, bahan koleksi ini adalah untuk rujukan di perpustakaan sahaja.
Koleksi ini menempatkan bahan Bacaan Ringan seperti Novel, Cerpen, Tokoh, Sejarah, Buku Motivasi dan lain-lain. Ditempatkan di Aras 3 Perpustakaan Praklinikal, bahan koleksi ini boleh dipinjam mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan.
Koleksi ini merangkumi pelbagai jurnal dalam bidang Perubatan dan Sains Kesihatan. Ditempatkan di Aras 4 Perpustakaan Praklinikal, bahan koleksi ini adalah untuk rujukan di perpustakaan sahaja.