Ilmu Hari Ini, Menerajui Masa Depan.
Membina keyakinan kerjaya sejak awal pengajian melalui pembelajaran berasaskan pengalaman, projek industri dan latihan amali.
UKM Universiti Pertama di ASEAN Manfaat Program QNX Everywhere, BlackBerry
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi universiti pertama di ASEAN yang mengintegrasikan program QNX Everywhere serta sistem operasi asas QNX® ke dalam kurikulumnya menerusi kerjasama strategik bersama BlackBerry Limited. Baca selanjutnya…
SOROTAN
UKM, Blackberry Lancar Cyber Pathways, Perkukuh Pembangunan Bakat Keselamatan Siber di Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama BlackBerry Lta hari ini melancarkan Cyber Pathways, sebuah Program Pensijilan Profesional untuk Keselamatan Siber yang direka untuk membangunkan bakat keselamatan siber Malaysia yang bersedia menyertai pasaran pekerjaan. Pelancaran itu menandakan kejayaan utama pertama dalam perjanjian pelbagai tahun antara BlackBerry dan UKM bagi membantu memperkukuh daya tahan siber di ASEAN.
UKM ESG Advisory Bantu Organisasi Penuhi Keperluan Pelaporan Kelestarian
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan UKM ESG Advisory, sebuah perkhidmatan ESG (Environmental, Social and Governance) membantu organisasi di ASEAN memenuhi keperluan pelaporan kelestarian yang semakin kompleks selaras dengan piawaian dan rangka kerja ESG di peringkat serantau dan antarabangsa. Baca selanjutnya…
Naib Canselor Cadang Penubuhan Pusat Penyelidikan Global
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh mencadangkan penubuhan Global Islamic Centre for Research in Frontier Technologies di Uzbekistan. Beliau berkata pusat yang bakal dihoskan oleh UKM itu akan berfungsi sebagai penyelaras utama serta hab repositori bagi semua hasil penyelidikan, penerbitan, dan inovasi teknologi perintis yang digerakkan oleh para ilmuwan dari seluruh dunia Islam. Baca selanjutnya…
Menerokai Penyelidikan UKM di Persada Dunia
From pioneering medical breakthroughs to sustainable environmental innovations, our researchers are actively tackling the world’s most pressing challenges. Discover the groundbreaking projects that are translating academic theory into real-world solutions and shaping a better tomorrow
Pembelajaran Melangkaui Bilik Kuliah
Jom terokai kehidupan kampus yang penuh keseronokan dan temui minat baharu anda di sini. Dengan pelbagai aktiviti kelab dan persatuan yang dipimpin oleh pelajar, serta program universiti yang menarik, di sinilah tempat terbaik untuk anda mengasah potensi diri demi memacu kejayaan masa depan.
Terokai UKM
- Fakulti Pengajian Islam
- Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
- Fakulti Sains dan Teknologi
- Fakulti Perubatan
- Fakulti Ekonomi & Pengurusan
- Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
- Fakulti Pendidikan
- Fakulti Pergigian
- Fakulti Sains Kesihatan
- Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
- Fakulti Undang-undang
- Fakulti Farmasi
- Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB)
- Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA-UKM)
Terokai universiti yang direka untuk pembelajaran berfokus dan berimpak. Mempunyai tiga kampus yang strategik di Malaysia, UKM menawarkan persekitaran akademik yang disesuaikan mengikut keutamaan bidang pengajian masing-masing. Kampus induk terletak di Bangi, Selangor yang terkenal sebagai bandar imu dan menempatkan lapan fakulti. Sementara itu, kampus UKM di Kuala Lumpur dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz menempatkan fakulti khusus yang memberi pelajar akses lebih dekat kepada industri, pusat kesihatan dan persekitaran profesional bandar. Terokai kampus UKM.
Terokai lebih 200 program bertaraf dunia merangkumi pelbagai bidang pengajian dan temui program yang mengubah minat anda menjadi sebuah kerjaya yang bermakna. Masa depan anda bermula di UKM.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mendapat pengiktirafan antarabangsa atas kecemerlangan dalam penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Berteraskan jati diri kebangsaan, UKM terus memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sekali gus mengukuhkan kecemerlangan akademik di persada dunia.
Berita Kampus, Jaringan & Kolaborasi
Enam Hasil Penyelidikan UKM Dilesenkan kepada Industri
Enam hasil penyelidikan warga universiti telah dilesenkan kepada rakan industri melalui perjanjian pelesenan bernilai keseluruhan RM130,000. Enam hasil penyelidikan tersebut ialah KEJORA Refreshing Anti-Aging Eye Cream (KEJORA), Magic Box Tiny Fingers, SIFIRA, Konsep Rekaan Corak RATUKU, Praktis Korea dan Aplikasi Media Patuh Syariah.
Kecemerlangan akademik dan pengalaman industri persiap pelajar hadapi dunia pekerjaan
Kejayaan selepas tamat pengajian tidak lagi bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Sebaliknya, majikan kini semakin mengutamakan graduan yang mempunyai pengalaman industri, kemahiran profesional serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan dunia pekerjaan, kata Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Sufian Jusoh.
Sila gunakan pelayar web terkini untuk paparan terbaik.
Copyright © 2026 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara.