Ding Choo Ming

Ding Choo Ming

LATAR BELAKANG

Ding Choo Ming atau mesra dengan panggilan Prof Ding dilahirkan di Sitiawan, Perak, Malaysia pada 7 Februari 1947. Walaupun beliau berbangsa Cina, beliau cenderung untuk mempelajari bahasa Melayu sejak sekolah rendah lagi kerana baginya karakter bahasa Cina dan bahasa Inggeris begitu rumit untuk dipelajari dan difahami. Beliau mula mempelajari bahasa Melayu ketika beliau di Tahun Empat apabila terdapat seorang guru Melayu yang mengajar di sekolahnya seminggu sekali. 

Kesungguhan beliau menguasai bahasa Melayu begitu tinggi dengan menjadikan akhbar dan radio sebagai guru serta tempat rujukan sebagai inisiatifnya untuk mempelajari bahasa Melayu kerana tidak mahu membebankan bapanya yang mempunyai pendapatan yang tidak seberapa sebagai penoreh getah.

Selain daripada menguasai bahasa Melayu, beliau juga mempelajari dan menguasai tulisan jawi selama dua tahun. Bagi Choo Ming, pada awalnya ia merasa sukar untuk mempelajari bahasa Melayu kerana kampungnya majoriti adalah masyarakat Cina. Dalam pada itu, beliau mengambil peluang untuk membuat penulisan di kolum manuskrip melayu selama dua tahun di Utusan Zaman pada suatu masa dahulu.

PENDIDIKAN 

Choo Ming mula mendapat pendidikan bermula dari Sekolah Rendah Pekan Gurney, Perak pada tahun 1954 hingga 1959. Kemudian beliau meneruskan pelajarannya pada peringkat sekolah menengah di dua buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah Nan Hwa, ditempat kelahirannya iaitu di Sitiawan, Perak pada tahun 1960 hingga 1965 dan di Sekolah Menengah Methodist Boys School, Kuala Lumpur pada tahun 1966 hingga 1967. 

Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Fakulti Sastera, Universiti Malaya (UM) dan memperoleh gelar Sarjana Muda (B.Sc.) pada 1968. Seterusnya, beliau memperoleh gelaran M.Sc dan Ph.D. pada 1971 ketika menghasilkan tesis berjudul Manuskrip Melayu: Tinjauan Awal (1984-1988) dengan disertai Kepengarangan Raja Aisyah Sulaiman di pinggir abad yang ke-19 pada tahun 1988 hingga 1994. 

Ketika melanjutkan pendidikannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau bertanggungjawab mengetengahkan kajian berkenaan tulisan-tulisan Raja Aisyah Raja Sulaiman iaitu seorang pengarang profilik serta tokoh feminis Melayu Riau, cucu kepada Raja Ali Haji. Antara karya yang dikaji Dr Ding juga termasuklah Hikayat Syamsul Anwar.

KERJAYA

Beliau pernah menjadi guru di Sekolah Sam Tet, Ipoh, Perak, Malaysia selama setengah tahun dan pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaysia (UM). Pada April 1972, beliau merupakan seorang pembantu pustakawan di Perpustakaan Kebangsaan Malaysia (UKM).

Semasa bertugas sebagai pembantu pustakawan, beliau telah menjalani latihan ke College of Librarianship, Wales pada 1973. Program ini merupakan biasiswa Colombo yang diberikan kepada para pembantu pustakawan di UKM sebagai latihan menjadi profesional di bidang Sains Perpustakaan.

Seterusnya, pada 1972 hingga 1990 beliau mula menjadi pustakawan di Perpustakaan Tun Seri Lanang di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mula dengan menulis buku yang berjudul Bibliografi Sastera Kreatif Melayu: Jilid 1- Brunei, Malaysia, dan Singapura (1980) dan Bibliography of Bibliographies on Malaysia (1981). 

Pada 1989, beliau menjadi pensyarah di Jabatan Sains Maklumat, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada suatu ketika dahulu, beliau merupakan profesor yang aktif dalam membuat penulisan dan melakukan penyelidikan tentang berbagai kajian kemelayuan yang didalamnya adalah pantun dan manuskrip melayu. Beliau juga merupakan peneliti senior di Institut Alam dan Tamadun Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ketua editor Sari: jurnal ATMA (1999-2009) dan ketua editor Jurnal Terjemahan Alam Melayu (Disember 2009) dan Felo Penyelidikan Kanan di ATMA pada 1 April 1999.

SUMBANGAN BAHAN

Sebanyak 3,038 naskhah disumbangkan  kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang pada tahun 2012. Jenis bahan yang disumbang adalah seperti buku, jurnal, majalah, koleksi majalah komik dan album gambar peribadi.

HASIL PENULISAN DAN BIDANG PENYELIDIKAN

Beliau banyak menulis artikel/ rencana tentang manuskrip Melayu, Sains perpustakaan dan IT untuk Jurnal Antarabangsa di Bandung, Bangkok, Canberra, Copenhagen, Hong Kong, Jakarta, Leiden, Manila, Singapura, UK dan Malaysia dan sebagainya.

Bidang penyelidikan beliau meliputi pengajian manuskrip Melayu, pengarangan dan kreativiti pantun Melayu, kearifan pribumi Alam Melayu dan pengaruh Hinduisme dalam perkembangan kesusastraan dan ketamadunan Alam Melayu.

Bidang penyelidikan beliau adalah seperti:

  • Pantun di Alam Melayu
  • Sastera Melayu Riau di pinggir abad ke 19
  • Pembinaan pangkal data pengajian Alam Melayu www.malaycivilization
  • Pendokumentasi maklumat peribumi Melayu.

Hasil penelitian beliau, tulisannya sering dipublikasikan melalui surat khabar dan jurnal. Antara beberapa penulisannya yang telah dibukukan adalah :

  • Raja Aisyah Sulaiman: Pengarang Ulung Wanita Melayu. Bangi: Penerbit UKM, 1999
  • Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Kritikan dan Cadangan. Kuala Lumpur: Utusan Melayu, 2003

 

  • Chinese Studies of the Malay World: A Comparative Approach. Singapore: Eastern International Press, 2003
  • Manuskrip Melayu Sumber Maklumat Peribumi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008
  • Kearifan Lokal yang Terkandung dalam Manuskrip Lama: Kertas Kerja Pilihan daripada Simposium Antarabangsa Pernaskahan Nusantara di Bina, 2007. Bangi: Penerbit Institut Alam & Tamadun Melayu, 2009. 
  • Pengajian di Alam Melayu: Dari Manuskrip ke Maklumat Digital. Bangi: Penerbit Institut Alam & Tamadun Melayu, UKM, 2009

  1. Pantun Baba Pilihan di Negeri Selat 1920-1940. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2012
  2. Kajian Baru Manuskrip dan Pantun Melayu. Bangi: Institusi Alam & Tamadun Melayu, 2012

Beliau juga banyak memenangi Hadiah Buku antaranya:

  • Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1999)
  • Hadiah Kajian Sastera Kumpulan Utusan (2002)
  • Pantun pilihan peranakan Baba Negeri Selat, 1920-1930 (2012)
  • Kearifan lokal yang terkandung dalam manuskeip lama, disunting oleh Ding Choo Ming, Henri Chambert-Loir, Titik Pudjiastuti (2014)
  • Dari Sitiawan ke Bangi: Kumpulan Esei Tentang Pengalaman dan Pemerhatian terhadap perkembangan Bahasa Melayu (2014)

Siaran Serupa

  • Dato’ Dr. Mohd Noordin Bin Haji Keling

      Latar Belakang Dato’ Dr. Mohd Noordin Bin Haji Keling dilahirkan pada 15 Jun 1926 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Ann Salmiah Binti Abdul Majeed dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua anak mereka berjaya melanjut pelajran hingga ke menara gading dan…

  • Mohd Safar Hashim

    Latar Belakang Mohd Safar Hashim adalah ahli akademik dan penulis beberapa buah buku di Malaysia. Prof Dr. Safar Hashim dilahirkan pada tahun 1948 di Butterworth, Pulau Pinang.  Pendidikan Beliau memulakan persekolahan di St Mark’s Primary School, Butterworth di peringkat rendah dan St Mark’s Secondary School, Butterworth pada peringkat menengah. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di…

  • Syed Husin Ali

    LATAR BELAKANG Syed Husin Ali merupakan seorang ahli akademik bertaraf professor sebagai salah seorang pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun dikenali sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu. Beliau adalah seorang cendekiawan Melayu yang hebat malahan ketokohannya sebagai ahli akademik melangkaui sempadan antarabangsa. Walaubagaimanapun, beliau kini lebih dikenali sebagai ahli politik. Beliau dilahirkan pada Rabu 23 September 1936…

  • Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

    LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN : Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan anak jati Negeri Perak yang dilahirkan pada 26 Mac 1942. Beliau mendapat pendidikan di High School Bukit Mertajam, Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England pada tahun 1963. Kemudian, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura pada…

  • Datin Paduka Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir

    Yang Berbahagia Datin Paduka Prof. Dr. Jawiah Binti Dakir atau dikenali sebagai Dr Jawiah Dakir merupakan anak jati Selangor., beliau pernah belajar di Maahad Li al-Banat, Kg Jawa, Kelang. Selepas tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang. Dr JAwiah Dakir melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat diploma dalam bidang Sarjana…

  • Ahmad Nikmat Harun

    Ahmad Nikmat Harun     Latar belakangAllahyarham Ahmad Hikmat Bin Haji Harun merupakan anak kepada sasterawan negara, Allahyarham Harun Aminurashid. Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Pada 3 Jun 1988, Allahyarham meninggal dunia di usia yang sangat muda iaitu pada umur 38 tahun kerana menghidap penyakit paru-paru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Boston Amerika…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *