Kunjungan dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke SEADPRI-LESTARI

Pada 26 Februari 2024, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-LESTARI) telah menerima kunjungan lawatan dari pensyarah dan pelajar HGT342 (Kaedah Penyelidikan dan Kajian Luar Geografi), Universiti Sains Malaysia (USM).  Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi kajian lapangan berkaitan dengan pengurusan dan adaptasi masyarakat terhadap bencana alam. Terima kasih diucapkan di atas kunjungan ini.